Wednesday, September 4, 2013

iSu haRga miNyaK nAik...

Regardless aku ade lesen tapi tak reti bawak keta *LoL.. LOser gile*, aku tetap nak merungut hal minyak naik ni...kalau pk2, aku tak patut merungut pun sebab aku tadek keta, selalu naik public transport even g kuliah pun jalan kaki, plus, mak ayah aku punya keta pun pakai ron97.. so, pendek kata, alhamdulillah, keluarga kami Allah bagi rezeki cukup lagi dan berkemampuan.Tapi aku nak tolong rungutkan untuk orang kampung aku.. boleh gitu?ahh, kalau tak boleh pun, aku tak kira, nak jugak cakap...

Bagi orang yang tak tau, mak bonda aku, kerja dia penghulu tanpa mukim, yakni yang urus2 hal2 anak yatim, ibu tunggal dan orang2 miskin ikut mukim kami... kerja ngan kerajaan negeri la senang orang kata... so, kalau aku balik kampung, menjadi PA mak bonda sebagai peneman *bukan driver bawak keta sebab loser kan.. ahahhahha* hari2 dia kuar cek2 mana2 org yang memerlukan bantuan itu kira macam amal jariah aku..*pui~ amal jariah la sangat*

So, nak dijadikan cerita, i've gone through lots of situation ngan orang miskin harta tapi kaya jiwa ni... tak kira la depa ibu tunggal, atuk nenek yg hanya tinggal berdua anak2 tak amik kisah, anak yatim piatu yg sara diri ngan buat macam2 kerja n bla bla bla bla... kalau nak sebut semua memang tak abis..sumpah ko akan bersyukur gile sebab Allah takdirkan ko ade harta n hidup senang.

Lepas tu pulak, sebab dulu, Ayahanda aku asal orang susah, kami jugak diajar dr kecik, kalau ko ade duit lebih skit, sedekah je kat orang... ayahanda aku, dia naik keta, dia nampak pakcik naik beca, dia boleh berenti keta n hulur duit sekeping dua... kalau orang tu macam tanak terima, dia senyum n cakap, saya dulu, hidup susah, skang senang skit rasa nak bagi orang duit lebih rezeki saya.. Even kalau time bulan puasa, dia g isi minyak, dia boleh hulur kat budak2 keje stesen  minyak cakap duit raya... LoL.. dulu aku ingat, aku selalu jeles.. macam , eh ko sape tetibe ayah aku nak kasik duit raya padahal blom raya lagi.. ahahhaha.. *budak2 kan, harusla emo2 gitu.. aahhahhaha*.. Jadi, practically, kami dididik macam tu.. kalau aku, jenis yang suka bgi org makan.. LoL... sebab habit ikot mak bonda la..aku kan student, duit mana banyak mana pun sbb blom keje, so, salah satu cara aku sedekah, masak n ajak kawan2 dtg mkn kat bilik... selain nak eratkan silaturrahim, ko kira bersedekah n plus, Allah suka rumah orang yang ramai tetamu datang...*petua mak Bonda nak murah rezeki* dan make sure jgn merungut kalau duit abes lebih skit utk beli brg nak masak tu, or tetamu cakap mknn tak sedap*LoL*n mcm2 la.

Berbalik pade cerita asal,seriously, most of them*mereka yang kurang bernasib baik* buat aku bersyukur sangat2 dalam dunia ni yang mana aku ditakdirkan hidup senang. Aku nak linkkan dgn satu family je walaupun actually banyak lagi kisah2 aku nk cerita tiap kali ikot mak bonda round kampung.

Ada satu family ibu tunggal yang mak aku duk pantau. i mean, jaga dr segi kalau dia tadek duit, mak aku try dapatkan bantuan dr YB or mana2 org yang nak derma or carikkan dia kerja or ape2 la yang berkaitan.Nama dia Kak L****.sumpah akak ni kesian sangat. Ibu tunggal yang sara anak 7 orang yang masih bersekolah dengan cara kutip mende2 terpakai kat tong sampah n g jual kat kedai recycle... believe me, masa mula2 umi aku jumpe dia duk kutip barang kat tong sampah, Umi aku balik umah.. nangis cite kat Ayahanda aku... then ayah aku suh g carik mana umah akak tu n start situ umi aku tolong.. Cite ni bukan nak cakap umi aku baik n bla bla bla bukannnnnn!!! tadek niat pun nak riak.. sumpah.. tapi kalau korang tgk, lepas sekolah, dia ngan anak2 dia * dia naik motor bonceng 3 anak, yang lagi 2 naik beskal bonceng adik2*sedih* untuk carik sesuap nasi.The good part is, kakak ni tak penah pikir nak mintak duit cara mudah ke hape, dia gigih carik kerja selagi dia mampu.. aku ingat  dia datang umah n cakap kat Mak bonda aku tanyakan ade kerja tak nak buat *time tu musim ujan* sebab dia nak bayar yuran anak dia... masa tu mak Bonda aku tadek kerja pun nak kasik dia .. pastu mak bonda aku cakap, ginila, L**** pinjam duit Moksu dulu, bayar, nanti ade, byr balik.. dia cakap, dia tanak... dia cakap, moksu bagi la kijo gapo2, L**** buat... so, end of it, mak Bonda aku suh dia kemas rumah kiteorg..and bayarkan dia upah*yang sebenarnya aku br lepas kemas umah kot*. Every time mak Bonda buat makan, gitau dia suh dtg mkn bwk anak2 n tapaukan makanan, dia boleh dtg umah aku, amik penyapu n sapu halaman rumah walaupun mak aku tadek suruh pun.Nampak tak kat situ value dia? dia tau sebab orang tolong dia, dia kena balas pertolongan org tu walaupun tak banyak mana pun. aku kadang2 malu, kalau dia dtg, aku mesti cakap, kak L**** , jgn sapu, nanti Ba marah Nonie.. jap lagi nonie sapu...sampai macam tu skali.. tu pun, dia akan g belakang, bukak paip air, siram bunga.... LoL..sekali lagi aku nak tanya korang : Nampak tak kat situ value sifat berterimakasih yang dia ade???Kita ni, jgn ingat kalau depa org miskin, depa tadek maruah.. no, tu salah.. Mak Bonda aku selalu pesan, kadang2 org miskin ni, dia da tahap malu tolak tepi da nak mintak duit dgn org2 yg berkemampuan, tapi sebab anak2, dia tebalkan muka..i mean, abaikan la yang jenis sihat walafiat tapi duk mintak2 sedekah tu.. tu lain... tapi ade org yg betul2 miskin bermaruah, diorg adalah manusia yang paling the best utk kita nilai dan buat perbandingan ngan diri sendirik...

Dan bercerita hal isu minyak ni.. aku nak tolong rungutkan bagi kak L**** ni...Abaikan dia yang tak belajar tinggi, yang mana mungkin sebab dulu pun dia tak mampu, or parents dia memang tadek duit or jenis tak kisahkan anak sekolah ke tak... abaikan dia yang tak carik proper kerja tetap so on n so forth...abaikan klu ko nak cakap, Allah takkan ubah seseorg tu kalau dia sendirik yang berusaha nak ubah..Abaikan...sebab kita taleh judge orang based on 1st impression n cover luaran dia. kita kena KENAL dia bebetul. SERIUS!

Soalnya sekarang, kita sebagai orang yang BERILMU, tak patut tindas orang yang kurang bernasib baik macam ni.. kita sepatutnya lagi berilmu, lagi mengangkat martabat supaya mereka hidup senang macam kita.. sebab Allah jadikan kita khalifah. Dan KHALIFAH Allah adelah orang yang menjaga KEBAJIKAN sesama manusia,sama2 dapat benefit hidup di dunia yang mana turut membawa ganjaran di akhirat...

Dan sepatutnya pihak berkenaan tahu, isu kenaikan minyak ni, dia ade DOMINO EFFECT yakni kalau minyak ron95 dan diesel naik, harga barang 'INSYAALLAH' naik sekali... pikir, tolong la pikir bg orang yang nak beli susu pekat or gula, hatta beras sekalipun yang anak2 mereka dlm  4 5 orang... keje yang tak seberapa, tadek slip gaji, tadek socso, tadek KWSP pun... macam mana mereka... tolong la Pikir, tolong la berhati perut...n please bare in mind.. Kak L**** ni tak dapat BR1M pun, hanya sebab ade org report dia sokong PAS.. gile kan manusia??? 'ADIL' sangat... dan kat sini, bukan mostly  isu politik yang nak diungkit, tapi HAK, hak seorang rakyat yang sepatutnya dibela di negara sendirik, bukan diperkotakkatikkan.

*SEDIH*


p/s: sorry for the emotional entry... too much mixed feeling pertaining to this issue... sobs

No comments:

piGiEbeNg nAk bAyar uTaNg piTipiTipU