Friday, June 15, 2012

wHeN yOu doN't eVen cArE...


Sakit gile.. sakit sangat hati ini... bila tiba2 kau berbicara tanpa bertapi2....kalaulah intonasi kau adalah intonasi gurauan... aku rasa aku masih boleh menahan.. kalaulah niatnya hati kau,  mendoakan aku... aku lebih2 pula rasa bersyukur ... 

Tapi..... 

Mungkin aku yang pada masa tu dalam keadaan sensitif, atau tak peka dan sedar bahawa kau sebenarnya tgh bergurau mesra... atau usikan semata-mata....mungkin...mungkin aku tidak tahu.....

Tetapi, kalau diturutkan rasa hati , tenang mengalir air mata setitik dua....owh... ini rupanya perangai baru... dan bahawa manusia itu bisa berubah-ubah... 

Bila aku, kau katakan anak manja.. cengeng pula ditambah degil dan keras kepala... dimanjakan sampai tiap kali mahu pulang, harus terbang, bukannya duduk berjam2 di jalanan..... 

Lagi ditambah bezanya kau dulu yang boleh hidup balik semalaman br kesampaian.... rinduan berbulan2  tidak payah nak dikisahkan... apatah lagi Ayahanda dan Bonda penuh kesibukan....

Mahu saja aku noktahkan disini... itu tikanya bapamu sihat tubuh badan... itu tikanya ibumu muka penuh keceriaan, itu ketikanya keduanya mereka muda kedewasan...

Bukan sekarang... bukan sekarang hidup dengan jalan penuh kepedihan, hidup dalam waktu kesempitan, hidup  yang kadang2 penuh kepura-puraan.. Kenapa.. kenapa dan kenapa???

Kerna engkau adakalanya lupa, lupa akan kebahagaian mereka di zaman tua... lupa menjenguk sisip tepi mereka yang terluka.. dek kerana pinangan anak2 konon Berjaya... Berjaya... yakni Berjaya menjadi seorg yang disenangi, seorg yang dikelilingi, seorg yg dihormati...

Kalau diikutkan kesakitan hati, terusan mahu menjerit- jerit memaki... hanya disebabkan isu sebegini, mudahnya engkau menudung jari...

Jika diturut hati yang disakiti, mahu aku menjerit dan berkata, owh, aku sanggup ambil risiko tidur berjam2 perjalanan untuk sehari, walaupun sakit belakang terpaksa dihadapi... dr menjwb perlian, yang jauh panggang dr api, dengan niat memahami.... 

Sedih...

Pilu... 

heh~ bagaikan engkau mengerti semua yg terjadi...

Kau tidak tau pilunya hati mendengar dan merasa......bila kau tidak pulang berbulan hanya sekali, walaupun sudah menjalankan tanggungjawab anak mithali,  menelefon bapamu seminggu sekali.

Kau tidak rasa risaunya ati si ayah sendiri, tika kau habiskan perjalanan sehari, semata-mata mahu ketemu empunya diri yng sedang menanti.

Kau tidak menyedari,  sejam sekali  telefonnya menyanyi-nyanyi... mahu bertanya selamatkah perjalanan yang ditempuhi, hinggakan tidurnya juga diganggui...dek kerana mendoakan dijauhi segala malapetaka yang tidak diingini.

Kau tidak pernah cuba mendalami, situasi di mana bapamu berkiasan mahu dimengerti.... mengapa sudah lama tidak kau habeskan cuti... iaitu bercuti di kampong sambil menemani.....

Kau tidak mengalami masa-masa dimana dia menderita sakit dan mula syaitan2 mengaburi, adakah masa hayat sudah berakhir dan perlu dinoktahi..walhal selalunya sudah memang begini, bila sakitnya terjadi.
Dan sesungguhnya kau mungkin tidak menyedari  apa yg kau tunjuki, sedikit sebanyak ada mengecilkan hati.... hati si dia, si bapa dan ibu mithali....

Kadang2.. rasanya lebih baik bergaduh sepak2 terajang gusti segala bila timbulnya hal begini ...kerna dalam  tidak sedar, sakit itu.. sakit yang sekejap-sekejap dirasa hanya tika kau disepak terajang segala.... mungkin seLepas itu,  sakit itu  pastinya berlalu pergi...

Dari rasa sakit disebabkan mulut berbicara dengan kurang berhati-hati, yakni lidah bagaikan pedang atau tusukan belati... skali berbunyi... pedihnya terus ke ulu hati... melekat.. terpahat... dan  terusan legap...

Atau, seolah2 diketukkan paku, pade sebatang kayu, yang mana selepas dicabut, kesannya ada hingga ke hari ini...

No comments:

piGiEbeNg nAk bAyar uTaNg piTipiTipU