Monday, October 17, 2011

bAru taU... (^__^)



Tentang Bunga Mawar/Ros.

♥ Bunga Ros dijadikan dari peluh R...asulullah صلى الله عليه وسلم sewaktu Nur Muhammad itu mengadap ALLAH SWT lalu ia malu dan berpeluh - jadi bunga Ros.

♥ Setiap kali melihat bunga Ros, hendaklah bersalawat. Begitu juga bila mencium dan tercium wangian bunga Ros - kerana mengingatkan kita kepada Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Allahu Robbi, ok ada lagi ni ツ.

♥ Sayyidatuna Fatimah al-Zahra itu adalah daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم - maka beliau mewarisi lambang bunga Mawar Baginda RAsulullah صلى الله عليه وسلم.

Fatimah bermakna: disapih dari api neraka (tidak akan disentuh api neraka).
al-Zahra = i.e. bunga yang kembang segar mewangi.
al-Zahra ( الزهرة) juga bermakna putih.

✿ ܓ Maka selayaknya Mawar Putih itu adalah lambang al-Batul Sayyidatina Fatimah al-Zahra'. <--- MasyaAllah.

♥ Bunga Ros/Mawar adalah lambang tasawwuf - tangkainya yang berduri ialah jerih payah mujahadah melawan nafsu - dan bunganya yang harum mewangi - cantik ialah hasil kemuncak mujahadah bila telah sampai (ahli wusul).

♥ Mengikut lagenda ARab - bunga Ros pada asalnya berwarna putih. Satu masa burung Bulbul telah jatuh cinta kepada kecantikan mawar sehingga terlalu asyik, lalu burung Bulbul yang tidak pandai bersiul itu mula menyanyi. Oleh kerana terlalu kasih akhirnya burung Bulbul tertusuk duri ros ke hatinya lalu menjadi merahlah bunga itu. <--- Hanya 'lagenda' ya sahabat ◕ ‿ ◕.

♥ Bau haruman bunga Ros adalah sangat menenangkan - ia boleh melegakan stress - menyegarkan badan. Bauan ros ialah asas aromatheraphy (rawatan penyakit melalui bauan).

♥ Bunga Ros di gelar Raja segala bunga @ Ratu bunga. Mengikut ahli sufi - bauan ros boleh membersih meningkatkan kesihatan badan, emosi dan ruhani.

♥ Setiap Tahun , Ka'abah di basuh dengan air bunga ros.

♥ Salahuddin al-Ayyubi - selepas menakluk semula Bait al-Muqaddis dari kristian - telah membasuh seluruh haram sharif dengan air bunga ros. 500 ekor unta digunakan untuk membawa air bunga ros dari Damsyik.

♥ Kelopak bunga Ros merah boleh buat jem! sedap. <--- Erk, sedap lagi jika dibuat aiskrim agaknya (◠‿◠).

♥ Kembang, layu, dan kecantikan bunga mawar ini boleh mendekatkan diri kita kepada ALLAH dan mengenal-Nya , berzikir kepada-Nya.

♫ Hidup bunga ini mengingatkan kita kepada al-Hayy
♫ Kembangnya bunga ini mengingatkan kita kepada al-Muhyi
♫ Cantiknya bunga ini mengingatkan kita kepada al-Jamil
♫ Indahnya bentuk bunga ini mengingatkan kita kepada al-Musawwir
♫ Harumnya bunga ini mengingatkan kita kepada al-RAzzaq
♫ Layu dan matinya bunga ini mengingatkan kita kepada al-Mumit...

>>> Dan begitulah seterusnya -tiada penghujungnya- sehingga liqa' ALLAH.
credit to them:
JazakumuLLAH khairal jaza' khas buat Tuan Termizi Yaacob yang saya hormati atas perkongsian ilmu yang sangat menarik. SubhanAllah, masyaAllah tersenyum dc ツ. Xie xie Xifu ~ツ.
See more

No comments:

piGiEbeNg nAk bAyar uTaNg piTipiTipU