Friday, September 10, 2010

rAmaDhan 29hb~

Tak tau nape, dalam banyak2 ramadhan, aku ramadhan last day paling best .. dr dulu, kini dan selamanya(hopefullyla kan.. hahahahha)..sebab nya, semua adik beradik, yang mana balik raya, mesti kumpul ramai2 n bukak puasa.. Ba yang selalu bukak kat masjid, mesti berbuka kat umah...suasana tu, tayah cakap la.. memang kelam kabut dan bising cam kat pasar.

Cik Jan: Rina, bak ayam ko cik jan tu,
Rina: nah!!!
*Plop!!!....ayam masuk dalam air oren Rina... hahahhahahahha.. gelak bebudak kat bawah tu*
Disebabkan terlalu ramai, org2 tua je makan di meja, budak2 yang puasa dan tak, mesti duk kat bawah yang dibentang tikar bersama lauk pauk yang sama.

Tu blom kira macam2 pesen perangai cucu2 Tok Ayah, Semalam, Umi ada buat nasik ayam, n Kak Da g bazar Iftar beli nasik kerabu dan Roti tempayan, so, semua balun makan. macam org kebulur.. keleteh2 anak2 plak,. tak yah cakap la, ngan air tumpah, ngan gaduh berebut nak peha ayam or kepak, yang duk mintak tambahkan nasik, dan selalunya yang tak puasa tu lagi haru dr yang berpuasa....hahahhaha... budak2..memang fun

Selalunya malam terakhir, Ba takkan ke masjid untuk sukat zakat fitrah org2 kampung. dan biasanya, Umi n anak2 pompuan akan ke sana untuk solat tasbih..

Tahun ni, semacam pelik sebab ramai sangat tak balik beraya, cuma ada Abg pih sekeluarga, Kak Da sekeluarga dan Kak Na sekeluarga..Abg Bie beraya di Pontian, Johor, Abg Nih n Family di Melbourne, Australia, Kak Wa di Kuala Berang, Abg Sih di Seremban 2 dan Kak Long, satu2nya anak yang masih bujang juga berada diperantauan-Ozzy menjadi nanny untuk anak2 abg nih.

Bila keluarga ramai, still, walaupun kat umah da ade dalam 7beradik semuanya, raya macam hambar jugak..mungkin biasa ramai2, even tak cukup 2 3 org, rasa pelik dan tak best tu memang ada.

Ditambah dengan kondisi umar yang masuk Ward di malam Raya... hurm, agak beri kesan pada kami yang akan beraya ni ha.. tapi tula.. kita hanya merancang, Allah yang tentukan segala.

ah, lupe da nak cakap apa lagi, terlalu banyak yang hendak ditaipkan... till then, c u again diary dear.. chow~

No comments:

piGiEbeNg nAk bAyar uTaNg piTipiTipU