Thursday, September 9, 2010

eNtri bOsan .. hEh~

Hurm… da hamper seminggu berada di kota bharu..

Suasana yang berbeza tika di KL, buat hati rasa best. Sangat. Tiap2 malam,ke masjid untuk solat terawikh bersama makbonda , ayahanda,amad n kakak. Dan alhamdulillah, malam last terawikh tadi, Berjaya boloskan diri di saf paling depan dengan kawan2 umi.. Umi n kakak di saf ke3. Rasa sedey sebab ramadhan da berlalu.. tak tau la panjang umo lagi ke tak untuk tahun hadapan, risau pun ada jika tak dapat nak puasa n raya sama2 ngan ayahanda lagi.

Tiap kali subuh, rasa lebih bermakna sebab ayahanda yang imamkan solat subuh dimasjid,. Kalau terawikh adalah imam muda yang imamkan…Subuh2, mesti ayahanda take over.… dan yes, solat bersama ayahanda yang punya suara lantang, buat kita rasa , subhanallah, da 24 tahun bersolat jemaah ngan Ba.. adakah panjang umo untuk solat berjemaah bersama lagi untuk tahun ke 25??? Atau masa tu mungkin berada di mana2. Siapa tahu kan?dan Alhamdulillah, setiap subuh mesti berada disisi umi samaada di saf 2 @ 3…moga2 pagi ni, dapat berada di saf paling hadapan.

Raya kali ni kurang meriah rasanya, hana dan abg nif satu family di Ozzy, abg Bie n family di pontian, abg sih di Seremban, buat feel nak raya tu kurang kerana tak cukup korum. Walaupun punya adik beradik seramai 13 org, even kurang 3 rasa macam tak best da..tambah2 ngan tadek baju rayanya, a’ment bertimbun2, adeh… memang feel tu yillek bak kata org india…hurm..

Pelikkan kalau cakap skema2 ni.. hahahhaha… ngantuk sebenarnya.. baru balik dr hospital teman umi lawat org kampong yang koma. Ah!! Siyes da taleh nak sambung mepek, till then, have a nice hari raya n maaf zahir dan batin.

No comments:

piGiEbeNg nAk bAyar uTaNg piTipiTipU