Thursday, September 30, 2010

i LoVe pARis~ ;p



Cantikkan kuku dia? ?? i got this addiction since last 2 semester as almost every month, i will go to the nearest manicure shop to shape my nails... tapi skang da kurang da nak buffing2 sebab malas n nak saving duit nak g HK... tunggu nanti kaya gile2 sampai duit tak tau nak buang kat mana lepas da sedekah banyak2... maybe aku ingat nak duduk goyang kaki kat umah n g spa kuku je.. hahahahhaa..

my nails so far, look just nice...but the main reason, I do the french manicure because it give u a pleasure feeling to see beautiful thing... so.. this is my hobby yang agak tadek pekdah pun.. LoL~

keje yang banyak, tambah lagi kejenya.. hoho.. this is what i'm very "gigih" doing it every time i'm in my pms mood... as my period time usually a week.. then, the whole week will be my experimental time to do this.. haha.. memang sangat tadek keje kan.. yela, nak buat kat kedai, tadek duit.. so, buy the ready set n i just do it myself.. and it is called- French Manicure Nail Art~




hehe... jadik tak? jadik tak? kalau nak tau.. da siap kena piat telinga kat umi jugak.. hahahhahha.. at least i'm not Kak Long yang pakai qtex hitam nak tiru Adam Lambert dia.. LoL~



ni time kat ofis beb... selalunya kalau balik kb.. jarang pakai french style camni.. selalu pakai yang transparent qtex je..hehe..

Tuesday, September 28, 2010

rAsa naK LonCat2 sEgaLa baGai~

oh..oh.. aku happy nak mati.. i mean.. gembira!!! sangat!!! semalam sedih sebab rasa down gile2 n rasa macam nak balik kampung, tapi tepon2 umah, umi kata , umi nak datang KL... aaaaaaaaaaaaaaa!!!! ko nampak tak betapa aku macam nak loncat2 cam budak kecik dapat eskrim????? aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... siyes aku gembira gile.. thanks to kak wani for ur convocation day because it was the reason MOmmy come here....aaaaaaaaaaaaaaa..... rindu gile2.. sangat!!!

p/s: padahal baru minggu lepas kot balik uia.. bongek tul la.. hahhahahaaahha

aHhhhhHhhhHH!!!!

asal malam ni rasa demmmm sungguh.. down nak mati... kuiz research method tak baca lagi.. social planning nye power point tak buat lagi.. project paper cam haram... transportation planning cam ade can nak fail lagi... public admin selalu main2 dalam kelas... kelas mandarin da ntah ke mana da.. gamelan je rasa cam asah bakat skit.. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!menci!!!

dA kaTa Da.... jGn buAt oRg beNganG!!!!

Haaaa!!!!!!! ni la natijahnya.. tak pasal2 bukak online shopping.. window shopping, pastu duk gile sensorang.. nak beli bajet tadek.. padan muka...sape suh!!! tapi ni semua sebab diri sendirik la.. sape suh take for granted!!! padan muka!!! agaknya kalau tetibe bang nuar mesej pastu ajak jumpe pastu tak jadik.. sah2 compom menangis air mata darah ni.. haish!!!!




p/s: dun look at the models ok... just look at their winter coat.. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~ bongoks2.. sape suh g survey kat internet!!!!

Monday, September 27, 2010

paDe mUko muNg!!!!

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! sokmo gini....

(T-T)

ko tau kan nonie.. so, buat ape ko mengharap??? ko tu yang bodoh duk mengharap..pastu da frust camni.. ko nangis je .. ko nangis sebab ko frust.. ko tau kan, tiap kali mesti camni.. then, y u always take it for granted.. ha, padan la muka ko pun.. lain kali berharap la lagi.. tak penah nak behenti berharap!! again, padan muka...

:)

I read this... and i found it's true...so i copy the phrase... n i post it here....

jangan bangga dengan pakaian berjenama mu kerana pakaian terakhir kita adalah kain kafan....

jangan bangga dengan mobil dan kenderaan kita kerana kerana kenderaan terakhir adalah keranda....

jangan bangga dengan rumah dan istana yang agam kerana tempat istirehat terakhir adalah kubur....

jangan bangga dengan kecantikan dan ketampanan kerana pasti akhirnya untuk santapan
ulat dan cacing tanah....

Sunday, September 26, 2010

bErtUnaNg- bErkAhwiN-bEraNaK-pinAk~

Ah!! congrate buat kawan2 seperjuangan di Maahad Muhammadi Lilbanat yang da bertunang, da kawen mawen, da ade anak dan yang akan timang anak tak lama lagi...even da nak masuk anak ke-2 da pun.. hahhahaha.. still, aku maintain single n available beb... takpe2.. korang sape yang nak kawen ke, nak betunang ke,sila2... jgn malu2 dan jgn lupe jemput aku weh... rasanya tahun depan lagi ramai duk dgr2 cite nak menamatkan zaman bujang...lagi skali, still aku rasa aku tak ready lagi.. bak kata org tua2.. belom sampai seru beb.. so, Congrate to all of u... May the happiness and God blessing with u.. amin~

Buat Raihan, Amalina, Basirah dan Izyan- Congratulation dan selamat bertunang...

Buat Siti Khadijah, dan Rabihah- Congratulation for the coming baby...

Buat Shalwani- Congratulation coz already become a Mom...

Buat Zahidah- aaaaaaaaa.. Congrate for the coming 2nd child... ko la tebaaekkkk wei... hahahhah

p/s: rase macam ade grammar yang salah ni.. LoL~

hEh~

word ni, aku tak suka..sumpah!!! tak suka tau tak!!!


ConFusE...


p/s: dah jadik diri sendirik, tapi org lain keep pushing u to be someone else.. haish!!!!

Friday, September 24, 2010

pEraSaAn Ni, aKu paLiNg taK sUka...

Kenapa ade rasa hujan akan turun lebat gile dalam hati ni.. haish!! menci~ nak reducekan rasa ni, perlu makan sekurang2nya 2 3 bar dark chocolate or Mars... ya Allah, jauhkan segala bala dan musibah dr ku.. amin~

Thursday, September 23, 2010

raNdOmLy~

I was having a hard time with someone as then, i keep thinking the positive things to ensure my heart do not hurt easily with the circumstances.

Konklusi:

Dalam Keluarga, tergigit lidah itu perkara biasa, sama macam ikan 3 rasa yang perlukan rasa masam, manis dan masin untuk buat ianya rasa sedap.. macam tu jugaklah kehidupan manusia. Kadang2, ade satu rasa je tak best pun... kan? tapi ingat, jangan sesekali menceritakan keburukan mereka kepada orang luar kerana seburuk2 mereka, adalah darah daging kamu. tak kira seburuk mana mereka, darah yang mengalir adalah sama, susu yang diminum dr Ibu juga sama dan sepatutnya bila mereka salah, bimbing mereka ke arah yang betul. jangan lewat belajar menghargai seseorg bila dia sudah tiada baru dikenang sedangkan tika dia hidup kamu menyusahkan. Bila bercakap, hati2 dan kalau orang bagi nasihat dengar. Sebab Utama Allah ciptakan kenapa telinga tu 2 dan mulut hanya satu kerana Dia mahu kita lebih mendengar dari lebih bercakap. kan?




p/S: sHariNg iS caRinG~

Recently, I was reading a book called “Nota Hati Seorg Lelaki” by Pahrol Mohd Juoi…Lots of “iktibar” being collected during 4 hours of non-stop reading until i hardly miss to finish my Public Admin Assignment that suppose to be submitted on the same day.. Still, have no “kekuatan” on how to stop reading book when in critical condition just like yesterday… LoL~

Read it n u won't feel regret...

1)Prinsip Hidup: Ujian Hidup ialah satu didikan langsung daripada Allah… y?

- Apabila bertemu kesusahan, Allah mendidik kita tentang Sabar

-Apabila kesenangan bertamu, Allah mengajar kita erti kesyukuran.

-Apabila si miskin datang, itu peluang untuk mengamalkan sifat pemurah, tetapi

-Apabila si kaya menjengah, jgn pula terjejas sifat qanaah


2)Apa beza ikan di laut dan ikan di darat?

- bezanya ialah, ikan di laut hidup, manakala ikan di darat mati.

- begitulah kita kalau hati kita hidup, kita tidak akan dipengaruhi

-Tapi jika hati kita mati, kita mudah dipengaruhi…


3)Sayangi Dirimu untuk menyayangi orang lain

-Kalau naik Flight, Pramugari akan menyatakan hal2 keselamatan jika berlaku apa2 yang buruk.contohnya penggunaan corong oksigen. Mengapa kita terlebih dahulu mesti melekapkan corong itu ke mulut kita sebelum anak atau org lain yang ingin kita bantu?

-jawapannya: Hanya orang yang bernafas boleh membantu orang lain untuk bernafas.


4)Seronoknya kahwin, Bukan untuk berseronok2.

-maksudnya: Perkahwinan yang dimulakan dengan rasa cinta… itu seronok….

-tetapi disempurnakan oleh rasa tanggungjawab, itu tidak seronok.

- isteri satu amanah, kata imam ghazali, yg paling berat ialah amanah. Mula2 kawen, memanglah indah, tetapi bila sudah ade anak2, tanggungjawab makin berat, amanah makin mencabar…


5) pemberi, lebih gembira daripada penerima

-mana lebih gembira, memberi hadiah atau menerima hadiah?

-Jawapan pertama: Menerima hadiah

-Situasi: seorg anak kecil berkali2 berpesan kepada ibunya agar pulang membawa hadiah yang diingini iaitu sebuah anak patung yang besar. Katakana anda sebagai ibu @ bapa anak kecil itu telah meninggalkannya selama 2 hari, dan lusa anda akan kembali. Namun, sebelum pulang, anda betekad membawa pulang hadiah yang diminta. Setelah puas mencari, akhirnya ketemulah…anda membeli, dan terus bawanya pulang. Byangkan anak anda menunggu di hadapan pintu sambil bersorak riang bila melihat patung di tgn anda.

-baiklah sekarang tolong jawab, siapa yang lebih gembira? Ibu yang member atau anak yang menerima?

-Jawapan kedua: si ibu yang member.. y?


Mesti ada yang confuse kan ngan jawapan2 dan ayat2 yang tak bape nak tulis habes2 tu.. hehe... the relevan reason, baca buku tu.. anda tidak akan menyesal!!

Note: banyak lagi pedoman2 hidup.. tak larat nak taip semua.. baca la sendirik.. :P

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?

Have u reed this articles? No? Yes? heh~ Just read it again please.. :)

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. ''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

MORAL OF THE STORY: when u have the guy who knows how to become an IMAM, do learn how to COOK girl!!! LoL~

Sunday, September 19, 2010

:(

Buat org yang kita sayang serba salah dan sedih sangat payah.. kan?

p/s: bila kebenaran tu pahit.. :(

giGiH cAriK spOnSor hK, maCau n sHenZheN~

Dari kul 10 pagi tadi, gigih mencarik kawan2 umi yang kaya harta( LoL~) untuk diberikan surat sponsorship..... fuh... malu tu da jadik topik no. 2 .. yang no 1 kena make sure cukup rm4K tu...
to be honest.. terharu ngan Umi ngan Ba yang sanggup tolong... patut la org kata, pengorbanan mak ayah kat anak, takkan sama ngan pengorbanan anak kat mak ayah ...sob..sob...


Makasih Umi n Ba.. I LAP U LAH!!!!!

Anda berdua adalah iBubaPa terbaeeeekkkk yg Allah Kurniakan buaT saya... Alhamdulillah



p/s: Thanks buat kawan Umi yang terus bagi duit.. insyaAllah, lain kali tgn ini bukan lagi yang menerima, tetapi tangan ini akan menjadi tangan yang memberi... amin~



"Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima dan tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang dibawah"

hApPy tAk hEngAT~

Aku tak jadi balik semalam.. tapi aku akan balik senin!!! takpe balik isnin pun, asalkan bukan balik ari Sabtu.. hahhahahhahaha


yahooooooooooooooooooo!!!

yabedabeduuuuuuuuuuuu!!!

Saturday, September 18, 2010

sOb..soB..Sob... (T-T)

Hari ni da kena balik UIA.. tau tak macam mana malasnya nak packing barang? nak rembat biskut raya buat balik? nak masukkan kasut dalam kotak, nak kemas buku2 yang bawak balik tapi langsung tak sentuh pun dalam beg? nak tukar dr beg kecik ke beg besar? tau tak macammana malasnye perasaan tu??? tau tak?

Tetibe cam rasa nak kawen n jadik suri rumah yang hubby dia keje kat kelantan je pun.. boleh tak? haish!!!menci kalau datang pikir bendebukan2skitpunyabangang camni.. heh~ pastu mesti cakap kat umi.. umi, kalau orang kaya, balik hari naik jet ah.. menci la camni... aduiya.. bongoks plural tul......... kan?

Friday, September 17, 2010

sO wHat???

Eh, blog i, suka ati i la nak tulis ape.. da hak i.. u nak sound2 i nape.... da tau nak sakit ati.. jgn la masuk blog ni n baca.. g main jauh2... heh..

Thursday, September 16, 2010

hUrm....*siGh*

Cube cool down kan hati yang membara... SiLa kLik wOrds pUrpLe Colour...

Bila bukan lagi guna Daulat Tuanku...tapi guna aLLahuAkbaR~

maAf, baHasA aGak kaSar... tAk daPat kAwaL perAsaaN beRgeLodaK...

Bodo, bengom, bodo , bengom!!!! mung tau dok sebab mung aku tiok malam ni.. nok marah sapa toleh nok kecek.. tobak eyh!!! baso bodo cih.. bodo do'oh... bengom la kecek tu... napok dok gano muko **** tadi.. mung tgk dok? konon nak tegakkan lagi benang basoh la? baso bengom mung.. tobak eyh aku rasa nok sepak derah, nok tapar mulut tu biar darah.. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrggggghhhhh!!! bodo mung.. bodo... aku sakit ati....

Apa guna mung ngaji skoloh agamo kalu hati **** tok reti nak jaga? apa hak mung nok kecek tinggi soro nge ****? tobak eh aku serow nok doa ko tuhan suh biar mung tu bisu... baso anok kure ajar... mung tgk dok gano keciknyo ati **** tadi? mung napok? ya allah.. gerenyo aku.. tobak eyh... astaqfirullahalazim, ya allah.. ya allah, sakitnya hati..

Jahat2 aku pun, tau jugok nok tegur kalu napok adik2 buat salah, bekeng2 aku pun, tau jugok try tolok ansur nge mung.. baso bodo, baso bengom.. mung ingat aim aku nak masuk syurga sore ko? baso bengom...

Pade doh Allah bui balasan gitu.. pade muko... tobak eyh...

p/s: tak dapat kawal perasaan..haish!!!

Sunday, September 12, 2010

2 syAwaL~ a.k.a peNat nAk mAti~

ok sumpah nak mati sebab penat gile dan sakit belakang sebab berdiri lama sangat kat sinki bsh pinggan n tunduk bgn, tunduk bgn angkat makanan segala bagai..

start dr kul 9 pagi, yang sepatutnya ke kubur, tapi terpaksa tunda esok sebab sedara mara datang cam semut hurung gula..

bayangkan dr kul 9, roti jala 3 kilo,nasik himpit n kuah kacang abes tanpa sempat dijamah oleh tuan rumah. ais beli 2 plastik besar tu pun habes, biskut raya bape kali tambah, pinggan mangkuk, gelas segala, takyah cakap la, elok2 pakai baju raya, alih2 tukang duk dapur plak.. hahhahahha.. having fun but still,

HANA!!!!!
KAK NA!!!!
aku nak KORANG!!! uwaaaaaaaaaaaaaa...

bagi sesi petang, nasik dagang power Mak Bonda memang disukai ramai la, n yang ni lagi best, skali datang ade dalam 15 buah keta.. tak ke haru weh!!! ko paham tak istilah PENAT!!! hahahhaha.. aku macam nakgelaknaknangisnakmenjeritsemuabersatulakot~ kalau sesi pagi ok la skit ada una n jan..sesi ptg diorg g lawat Umar.. aku sorang2!!!gile aku takleh sorang2.. aku cam nak menangis sorang2 kat dapur tu.. bodogilepenatnakmatisegalabagaicamharamrasasakitbelakangnpenatnakmampus... ha, camtu la perumpamaannya... penat tau tak!!! heh~

bila maghrib da masuk pun, org tak balik lagi, tapi makin reda, aku duk borak2 ngan umi n ba, duk ngadu2 penat nak mati segala bagai... then UMi n Ba jawab sungguh POSITIF OK!!!

ayat Umi camni: Biarlah, org nak datang, tu maknanya diorg sayang kita.. kalau tak, diorg tak dtg.... *aku da tadek point nak lawan balik ni... hahahhaha*

Ba plak kata: Ba suka org dtg ramai2, ba nak kuar g jalan2 da tak larat...*er..er...ok.. aku macam.. BAIKLAHH~*

positif kan.. cam tarik balik kata2 aku duk bebel kena buat keje sorang2 tu.. hahahhahhahah

Friday, September 10, 2010

1 syAwaL~

Ok, penat nak mati.. ramai org dtg, tak cukup tukang buat air, tukang basuh pinggan, nasik lom masak, bekas n pinggan2 lom kuarkan dr almari dan bagai.. tu je bleh cakap.. da la semlaam tido kul 5 pagi tolong umi.. tetibe saat tu rasa macam,

HANA!!!
KAK NA!!!
BALIKLAAAAAAA!!!!
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~

rAmaDhan 29hb~

Tak tau nape, dalam banyak2 ramadhan, aku ramadhan last day paling best .. dr dulu, kini dan selamanya(hopefullyla kan.. hahahahha)..sebab nya, semua adik beradik, yang mana balik raya, mesti kumpul ramai2 n bukak puasa.. Ba yang selalu bukak kat masjid, mesti berbuka kat umah...suasana tu, tayah cakap la.. memang kelam kabut dan bising cam kat pasar.

Cik Jan: Rina, bak ayam ko cik jan tu,
Rina: nah!!!
*Plop!!!....ayam masuk dalam air oren Rina... hahahhahahahha.. gelak bebudak kat bawah tu*
Disebabkan terlalu ramai, org2 tua je makan di meja, budak2 yang puasa dan tak, mesti duk kat bawah yang dibentang tikar bersama lauk pauk yang sama.

Tu blom kira macam2 pesen perangai cucu2 Tok Ayah, Semalam, Umi ada buat nasik ayam, n Kak Da g bazar Iftar beli nasik kerabu dan Roti tempayan, so, semua balun makan. macam org kebulur.. keleteh2 anak2 plak,. tak yah cakap la, ngan air tumpah, ngan gaduh berebut nak peha ayam or kepak, yang duk mintak tambahkan nasik, dan selalunya yang tak puasa tu lagi haru dr yang berpuasa....hahahhaha... budak2..memang fun

Selalunya malam terakhir, Ba takkan ke masjid untuk sukat zakat fitrah org2 kampung. dan biasanya, Umi n anak2 pompuan akan ke sana untuk solat tasbih..

Tahun ni, semacam pelik sebab ramai sangat tak balik beraya, cuma ada Abg pih sekeluarga, Kak Da sekeluarga dan Kak Na sekeluarga..Abg Bie beraya di Pontian, Johor, Abg Nih n Family di Melbourne, Australia, Kak Wa di Kuala Berang, Abg Sih di Seremban 2 dan Kak Long, satu2nya anak yang masih bujang juga berada diperantauan-Ozzy menjadi nanny untuk anak2 abg nih.

Bila keluarga ramai, still, walaupun kat umah da ade dalam 7beradik semuanya, raya macam hambar jugak..mungkin biasa ramai2, even tak cukup 2 3 org, rasa pelik dan tak best tu memang ada.

Ditambah dengan kondisi umar yang masuk Ward di malam Raya... hurm, agak beri kesan pada kami yang akan beraya ni ha.. tapi tula.. kita hanya merancang, Allah yang tentukan segala.

ah, lupe da nak cakap apa lagi, terlalu banyak yang hendak ditaipkan... till then, c u again diary dear.. chow~

Thursday, September 9, 2010

mE n tHem~

alamak, tetibe cam baru teringat, esok kek coklat 2 bijik org tempah dan biskut raya- conflakes madu version nonie untuk adik2 kat umah... ala hana,ko la ni, selalunya mung hok buat cornflakes madu trademark umah kito..ah!!!malasnye aku nak buat biskut...lambat, lama, kena tunggu!!! kalau kek just campak2 dan tinggal untuk kukus je.. heh~



me n them

Before...


After...



p/s: gambar tu contoh je eyh, time buat kat umah akey ritu.. tak jadik sebenarnya kek ni.. LoL~


eNtri bOsan .. hEh~

Hurm… da hamper seminggu berada di kota bharu..

Suasana yang berbeza tika di KL, buat hati rasa best. Sangat. Tiap2 malam,ke masjid untuk solat terawikh bersama makbonda , ayahanda,amad n kakak. Dan alhamdulillah, malam last terawikh tadi, Berjaya boloskan diri di saf paling depan dengan kawan2 umi.. Umi n kakak di saf ke3. Rasa sedey sebab ramadhan da berlalu.. tak tau la panjang umo lagi ke tak untuk tahun hadapan, risau pun ada jika tak dapat nak puasa n raya sama2 ngan ayahanda lagi.

Tiap kali subuh, rasa lebih bermakna sebab ayahanda yang imamkan solat subuh dimasjid,. Kalau terawikh adalah imam muda yang imamkan…Subuh2, mesti ayahanda take over.… dan yes, solat bersama ayahanda yang punya suara lantang, buat kita rasa , subhanallah, da 24 tahun bersolat jemaah ngan Ba.. adakah panjang umo untuk solat berjemaah bersama lagi untuk tahun ke 25??? Atau masa tu mungkin berada di mana2. Siapa tahu kan?dan Alhamdulillah, setiap subuh mesti berada disisi umi samaada di saf 2 @ 3…moga2 pagi ni, dapat berada di saf paling hadapan.

Raya kali ni kurang meriah rasanya, hana dan abg nif satu family di Ozzy, abg Bie n family di pontian, abg sih di Seremban, buat feel nak raya tu kurang kerana tak cukup korum. Walaupun punya adik beradik seramai 13 org, even kurang 3 rasa macam tak best da..tambah2 ngan tadek baju rayanya, a’ment bertimbun2, adeh… memang feel tu yillek bak kata org india…hurm..

Pelikkan kalau cakap skema2 ni.. hahahhaha… ngantuk sebenarnya.. baru balik dr hospital teman umi lawat org kampong yang koma. Ah!! Siyes da taleh nak sambung mepek, till then, have a nice hari raya n maaf zahir dan batin.

Monday, September 6, 2010

uMor da 24 kot~ LoL~

kena marah kali ke bape ntah sejak balik 2 hari lepas.. hahahhahaha.. padan muka ko.. sApe suh taleh ubah tabiat kuar bilik air bertuala je padahal da tau abg ipar ade skali... walaupun dia pasif dan duduk dalam bilik je.. buatnye tetibe dia kuar tetibe dan aktif.. sape yang naya? dapat dosa segala bagai? ko jugak kan? so, motif umi sangat kukuh bila dia cepuk n libas ko ngan kain batik sarung... hahahhahahhahhaha.. padan muka.. kata umo 24 kan... 24 sangat tu.. kan? LoL~

p/s: maaf abg syah sebab nonie malas nak pakai tudung kat umah.. (monolog hati; banyak tul dosa aku..adeh~)

RASA BERSALAH GILER....SANGAT2.

  • . . .

Saturday, September 4, 2010

mOod ovErdosE haPpy~

n u noe what, it was the sweetest smile i ever see since his backache problem. sumpah tetibe rasa cam.. fullamak kau, hensem gak bapak aku ni.. hahahhahahahah..macam Pierce Brosnan kot~

Thursday, September 2, 2010

sHariNg iS caRinG..

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.

nAk juGak!!! naK jUgaK!!! eH uMi Eh??? boLeh eH?

Dari Block Fringe Layer Haircut sejibik cam Selena Gomez ni...



aci tak, kalau nak potong sejibik plak Pixie Haircut cam Emma Watson ni..



aaaaaaaa...Umi!!! boley la, boley la.. org serabut la rambut panjang2.... malas la nak jaga, nak sikat, nak kena ikat lagi.. please...please....aaaaaaaaaaaaaa... kasik la..kasik la.. kang tak restu kang, tak panjang2 lak kang rambut org!!! aaaaaaaaaaaaaaa.. boley la Mi,. boley la.. PLEASE~~~

Wednesday, September 1, 2010

kEje + siGhTsEeiNg

I told u that i've been to Singapore last 2 weeks right? practically , i do some research there helping my Lecturer- Madam Syariah @ Dr. Yaya pertaining to their public transportation system, at the same time, having a wonderful time enjoying Singapore's environment.. no wonder its pull people to go there.. coz indeed, it is a beautiful country with a great town planning...



As usual when u r travelling outside ur beloved country...so~ fill the form dude!!!



On the 1st day arrived, around 11pm-fatique and starve to death.. LoL~



2nd day- the "gediks" look as min saying... LoL~
at the same MRT Station nearby our hotel.. kehkehkeh



the sight-seeing day... on the way to Bugis Village to buy souveniers.. aHah, it was the Youth Olympic Games event as Singapore is the Host



The maskots of YOG in Singapore- Melly n Lyo if i'm not mistaken..
note: me in front, Fiza, n Madam behind us..





Inside Japanese shop- Muji's Store inside ION Orchard Mall... benti jap!! puasa kot~ penat2!!!

till then, see u later, gotcha class to attend at 10am.. chow~

piGiEbeNg nAk bAyar uTaNg piTipiTipU