Wednesday, May 27, 2009

mmmM...hiDup...

Hidup sebagai manusia, perlukan kekuatan

Untuk mengharungi  keperitan dan kesusahan

 

Hidup sebagai manusia, perlukan kesedihan

Untuk mengajar kita liku-liku kehidupan

 

Hidup sebagai manusia, perlukan kepayahan

Untuk membuatkan kita mengenang jasa Tuhan


Hidup sebagai manusia, perlukan kesabaran

Untuk kita tempuh segala cacian dan dugaan

 

Hidup sebagai manusia, perlukan keseronokan

Untuk menceriakan hidup yang penuh penipuan

 

Hidup sebagai manusia, perlukan pengorbanan

Untuk kita tahu betapa berharganya sebuah kejayaan




No comments:

piGiEbeNg nAk bAyar uTaNg piTipiTipU