Wednesday, April 15, 2009

riSiKo...

Tadi mendengar motivation dari ustaz yang suka cakap-renung2kan dan selamat beramal!!!!- kat hot.fm bercakap mengenai risiko..dan aku suka bila dia cakap:

Bila kita senyum..risikonya adalah orang tak balas senyuman kita
Bila kita bercakap..risikonya adalah orang tak dengar apa yang kita cakapkan
Bila kita bercinta, risikonya adalah kekecewaan
Bila kita tak jaga makan, risikonya adalah sakit2 badan
Bila kita buat perangai, risikonya adalah orang tak sukakan kita

So, dalam hidup ni..takdek bende yang tak berisiko..dan tetibe apa yang aku borakkan ngan Cik Paiman semalam, mmmm..sedikit sebanyak menggugat perasaan aku..ya, aku memang nampak lembut dari luar, tapi aku sangat keras kepala dan banyak songeh…

Buat sesiapa yang rase aku tujukan entri ini untuk korang..aku mintak maaf kalau korang rase aku terlalu kejam….aku bukan nabi yang boleh memaafkan umatnya, aku jugak bukan malaikat yang tak diciptakan perasaan bersamanya..aku hanya seorang perempuan yang bernama noor alyani yang bermaksud cahaya ketinggian tapi tidaklah tinggi mana dengan panggilan nonie sebagai panggilan mesra.

aku bukan siape2!! Tapi aku punya perasaan…aku pemaaf, tapi aku jugak pendendam dalam mase yang sama..aku mintak maaf jika itu yang korang tak puas hati ngan aku… kerana aku membesar melalui pengalaman..tang mana pengalaman itu takdek sapa yang tau sampai skarang..aku menjadik sensitive adalah disebabkan sesuatu…bukan kerana aku memang sensitive..tapi aku cube untuk buat hati aku jadik cekal..hopefully korang paham..dan buat2 paham walaupun korang tak paham…

Sekali lagi..aku mohon maaf, walaupun aku tau hari ini, esok dan seterusnya bukan hari raya..maaf zahir dan batin…..hahahhahaha….cekedout!!!

No comments:

piGiEbeNg nAk bAyar uTaNg piTipiTipU