Tuesday, April 7, 2009

aiR sirAp...hEhe

Air sirap merupakan sejenis minuman yang diperbuat dari perisa daun pandan dan air gula. Pada kebiasaannya pewarna merah digunakan bagi memberikan warna menarik kepada air sirap, tetapi kini terdapat pewarna lain yang digunakan, walaupun tidak secara meluas.

Pada kebiasaannya air sirap dihidangkan sejuk, iaitu dengan air batu. Rasanya yang sedap, dan mudah dibuat menjadikannya ia sebagai pilihan utama dalam kebanyakan majlis dan perayaan di Malaysia.

Pada masa kini, air sirap segera yang dijual secara perdagangan terdapat dijual di kedai dan pasar raya, tetapi masih ramai yang memilih untuk membuatnya sendiri kerana air sirap yang dibuat dengan daun pandan asli baunya lebih wangi dan rasanya lebih sedap.

Sungguhpun begitu, kerana kini ramai orang yang tinggal di bandar dan sukar mendapatkan bahan utamanya, iaitu daun pandan, kordial air sirap masih menjadi pilihan penduduk terutamanya yang tinggal di bandar.

Bagi penduduk kampung pula mereka lebih suka menghasilkannya kerana ia mudah dan murah. Bagaimanapun, sekiranya terlalu banyak pewarna digunakan, ia akan menyebatkan rasa pahit.

p/s: aku sedang kebosanan......hmmmmm..bosan ditahap petala ke-8 @ tahap dewa chulalongkong yang sangat tak tau nak buat ape!!! apakah???

No comments:

piGiEbeNg nAk bAyar uTaNg piTipiTipU