Wednesday, February 18, 2009

saNgat sUsah meNjaDik dEWasA.....

Mungkin tidak cukup bagi orang lain untuk menilai siapa diri kita bilamana kita asyik berperangai kebudak-budakan..mungkin aku juga jenis manusia yang begitu lantas, aku dicop sebagai seorang yang cepat marah dan kuat melenting..juga orang dengan lantangnya mengatakan aku tidak matured…

YA, AKU MEMANG BELUM MATANG!!!

Marahkah aku dengan perkataan ini? Tentu sekali tidak jawapannya….

Itu memang aku akui dari dulu hingga kini, kendatipun usia menginjak angka 23 tahun, aku masih utuh dengan pendirianku yang menyatakan bahawa aku tidak matang….siyes!! percaya atau tidak, kita akan mengenali diri kita bila usia kian meningkat dewasa….
Kukira disisipkan cerita aku tidak pandai berdikari,boleh menjana minda kamu untuk meng’iya’kan bahawa aku tidak matang….

Bermula jejakan kaki ke matrikulasi uia,sehinggalah umurku 23 tahun pada hari ni,aku tidak pernah membeli tiket balik ke kampung dengan tanganku sendirik…hatta untuk bertanya aku juga tidak tahu..mungkin disebabkan diriku dikelilingi oleh abg2 dan kakak2 yang sering berada disampingku, juga baba yang kadang2 protective terhadap anak perempuannya yang sorang ni, membataskan aku untuk belajar berdikari…juga mungkin disebabkan aku ditempatkan di kota metropolitan dimana menurut baba ku ianya dipenuhi org2 yang selfish, maka gamaknya, aku diberi nasihat jangan keluar berjalan seorang diri kecuali ditemani oleh orang yang dikenali….akibatnya, aku menjadik seorang yang tidak matang..juga manja…..lagi ngengada( bak kata kakakku hana…)jdi, akn jadik matangkah aku , hanya dengan cara tahu bagaimana untuk membeli tiket bas pulang ke kampung? Hahahhaah..

Cerita kedua adalah bilamana aku yang dipanggil kakak dirumah oleh amad, yin n jan…sangat suka bergaduh ngan adik2ku ini..padahal yang dilawan adalah amad yang baru berusi 10 tahun..dimana aku udah berumo 23 tahun…macam haram kan?hahahhaha..tapi aku memang suka carik pasal..kalau org2 tua suka menyatakan bahawa kakak haruslah mengalah dengan adik,tapi aku takkan mengalah dengan adikku yang bongsu ni..aku rela dimarah, dikutuk , dirotan, asalkan adik aku tu tak dapat ape yang dia nak…dan kalau aku terpaksa menampar adikku..memang itu yang aku buat..kejamkah aku? Rasenya tak kot..baru tampo je pun..bukan bunuh lagi…hahahhahahha,

so, soal matang disini sama sekali tidak pernah diungkitkan…

Ye, aku sengaja untuk menjadi tidak matang untuk memperlihatkan kepada semua orang bahawa aku memang tak mahu jadik matang…puas hati?

Kesimpulannya…..Sangat susah menjadik dewasa!!

No comments:

piGiEbeNg nAk bAyar uTaNg piTipiTipU